Jumaat, 30 Oktober 2009

Buat Link (Pautan) Blog&Web Rakan Di BLog Kita

Kan dapat pahala kalau kita bagitau orang lain mengenai perkara kebaikan. Jadi kalau kita ada blog, cari lah pahala dengan sebar-sebarkan blog-blog atau web-web yang bermanfaat dengan buat pautan atau link di blog kita. Tapi jangan buat dosa dengan menyebarkan link-link maksiat di blog anda. Tanamlah saham kebaikan, jangan tanam saham kejahatan.

Mari kita belajar buat link, senang je. Ikutlah langkah-langkah di bawah ni.


Langkah pertama:

Login blog anda, dan bila keluar paparan seperti gambar dibawah, klik pada REKA LETAK






Langkah 2:

Bila dah keluar paparan seperti di bawah ni, anda klik pada TAMBAH ALAT.



Langkah 3:

Klik pulak pada gambar SENARAI BLOG macam gambar kat bawah ni.




Langkah 4:
Tajuk: Tulislah apa-apa tajuk yg sesuai CONTOH: Link Blog Kawan-Kawan Saya
URL Tapak Baru : Kat ruangan ini mesti tulis alamat penuh blog rakan anda. Contoh : www.skpengkalanraja.com
Nama Tapak Baru:Tulislah apa-apa tajuk yg sesuai dengan blog @ web kawan anda tu.
Ruangan yg lain tak isi pun tak apa..
Kalau dah siap Klik SIMPAN. Kemudian kalau nak tambah lagi blog-blog rakan anda, klik pada TAMBAH PAUTAN

Langkah 5:
Kalau menjadi, lepas kita klik simpan tadi kita akan dapat tengok tajuk yg kita tulis dah pun terpapar seperti paparan di bawah



Langkah 6:
Sekarang kita boleh hasil apa yang telah kita buat tadi, Dah pun berjaya.
Selamat Mencuba!!!

1 ulasan: