Rabu, 14 April 2010

Tambah Kolum Pada Kanan Atau Kiri Joomla 1.5

Korang nak buat macam yg aku garis kat bawah ni? korang try la apa yang aku cuba tunjuk kat bawah ni. Kalau salah bagi tau. Rela dimarah dan dikritik...



Langkah 1:
- Login dulu
- Klik Extensions, pastu klik Module Manager (Tengok Gambar Bawah)





Langkah 2:
Klik New (Gambar Bawah)


Langkah 3:
Buat macam gambar kat bawah



Langkah 4:
Buatla macam kat bawah (Malas aku nak menaip)



Langkah 5:
- Lepas langkah ke-4, kat bawah sikit ada gambar macam kat bawah ni..
- Pastu ikut je apa yang aku buat kat bawah ni.


Last sekali jangan lupa klik pada gambar disket kat atas tu untuk save.
selamat mencuba...klu tak boleh, sila tanya.

Isnin, 12 April 2010

Langkah 1:
Login facebook. Klik pada gambar profil


Langkah 2:
Klik pada "buat lencana profil" (Cari le sendiri )

Langkah 3:
Klik " Halaman Utama Widgets "


Langkah 4:
Klik pada "Buat 1 Halaman "




Langkah 5:
Isi borang ni. (Sebelah kiri je)





Langkah 6:
Klik "Sunting Halaman"



Langkah 7:
Klik pada "Hebahkan dengan menggunakan kotak peminat"



Langkah 8:
Klik pada "Blogger" kalau nak pasang di blog. Kalau Web anda klik pada "Other" untuk dapatkan kod HTML nya dan letak di web anda



Selamat mencuba!! Jangan kecik ati kalau tak ada orang yang nak join korang punya funclub facebook. ha! ha!

Sabtu, 10 April 2010

Ubah Logo & Header Joomla 1.5

Mula-mula sekali buat satu Header yang kita inginkan. Aku cadangkan saiznya (width 1000px) untuk saiz (height ikut suka korang la).

Lagi satu perkara yang penting, bila save guna fail PNG

Langkah 2:
Bila da siap buat header, ikut langkah kat bawah ni
1- masuk drive c 2- klik folder xampp 3-klik folder htdocs 4-klik folder joola 1.5 korang
5-klik folder templates 6-klik folder ja_purity 7-klik folder images 8-nanti korang jumpa fail header-mask. delete fail tu. (macam gambar kat bawah.




Langkah 3:
Atas sikit di dalam folder yang sama, ada folder yang bertulis HEADER. klik le apa lagi (macam gambar kat bawah )





Langkah 4:
Delete semua gambar2 header tu (gambar kat bawah)





Langkah 5:
Gantikan dengan fail header cantik yang korang buat tadi (Gambar Bawah)




Langkah 6:
Masuk pulak pada control panel joomla 1.5 korang. Klik extension then, klik template manager (gambar bawah)


Langkah 7:
Buat je la macam gambar kat bawah ni




Langkah 8:
Ikut jugak macam gambar kat bawah ni.

Langkah 9:
lepas klik pada lubang kecik tu, jangan lupa klik edit pulak. (gambar bawah)
Langkah 10:
no1- cari tulisan HEADER
no2- delete nama fail yang aku hitamkan tu
Langkah 11:
bawah sikit dari kod-kod yang kita da delete tadi (bahagian logo) buat mcm kat bawah ni.
1- Ubah saiz ikut saiz header yang kita da buat tadi
2-delete nama fail yang aku gariskan
Bila da selesai semua. boleh la preview dan refresh.
aku rasa cara ni macam susah dan ganas sebab main delete2 je. kalau ada cara lain yang lebih baik dan sopan, boleh lah kongsi.

Selasa, 8 Disember 2009

Mengenalpasti Pengunjung ISP Luar Negara.


Pernah lihat gambar seperti di atas di blog-blog yg anda kunjugi? Terutama kepada anda yg mempunyai rakan-rakan atau sasaran pelawat dari luar negara, sudah pasti GLOBALTREKR.COM sesuatu yang akan membuat anda teruja apabila mengetahui bahawa ramai tetamu anda rupanya dari negara-negara luar.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memilikinya di blog anda. Selamat mencuba!
1. Ketik alamat http://www.globetrackr.com di browser kita.
2. Klik register
3. Isi Username dan Password dan klik register
4. Login dengan Username dan Password yang telah kita daftarkan.
5. Klik setup web site details
6. Isi data-data blog yang akan kita pasang Globetrackr dan Save
7. Klik setup and reports

8. Klik get tracking html code
8. Klik I want to track visitors and I would like to display information about my visitors as an image
9. Ubah setingan sesuai yang kita inginkan dan klik Update preview and code
10. Copy dan paste kan kode HTML yang telah jadi di blog kita.
# Cara untuk paste kode HTML di blog anda telah diterangkan pada tutorial yang lalu. Sila rujuk sekiranya perlu.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Buat Link (Pautan) Blog&Web Rakan Di BLog Kita

Kan dapat pahala kalau kita bagitau orang lain mengenai perkara kebaikan. Jadi kalau kita ada blog, cari lah pahala dengan sebar-sebarkan blog-blog atau web-web yang bermanfaat dengan buat pautan atau link di blog kita. Tapi jangan buat dosa dengan menyebarkan link-link maksiat di blog anda. Tanamlah saham kebaikan, jangan tanam saham kejahatan.

Mari kita belajar buat link, senang je. Ikutlah langkah-langkah di bawah ni.


Langkah pertama:

Login blog anda, dan bila keluar paparan seperti gambar dibawah, klik pada REKA LETAK






Langkah 2:

Bila dah keluar paparan seperti di bawah ni, anda klik pada TAMBAH ALAT.



Langkah 3:

Klik pulak pada gambar SENARAI BLOG macam gambar kat bawah ni.




Langkah 4:
Tajuk: Tulislah apa-apa tajuk yg sesuai CONTOH: Link Blog Kawan-Kawan Saya
URL Tapak Baru : Kat ruangan ini mesti tulis alamat penuh blog rakan anda. Contoh : www.skpengkalanraja.com
Nama Tapak Baru:Tulislah apa-apa tajuk yg sesuai dengan blog @ web kawan anda tu.
Ruangan yg lain tak isi pun tak apa..
Kalau dah siap Klik SIMPAN. Kemudian kalau nak tambah lagi blog-blog rakan anda, klik pada TAMBAH PAUTAN

Langkah 5:
Kalau menjadi, lepas kita klik simpan tadi kita akan dapat tengok tajuk yg kita tulis dah pun terpapar seperti paparan di bawah



Langkah 6:
Sekarang kita boleh hasil apa yang telah kita buat tadi, Dah pun berjaya.
Selamat Mencuba!!!

Khamis, 15 Oktober 2009

Letak Jam Di Blog

Meletak jam di blog adalah salah satu faktor yang akan menjadikan blog anda kelihatan lebih menawan dan cun. Tak nak letak pun tak pe.. Cuma kalau-kalau ada orang tanya nanti, adalah juga bahan yang nak disembangkan.

Senang je, ikut langkah-langkah mudah dibawah.


Langkah 1 :

Buka laman web http://www.clocklink.com/
Kemudian klik pada Want a clock on your website?.




Langkah 2:
Banyak pilihan bentuk jam, ada digital, animal, analog dan macam-macam lagi. Pilih je, bukan kena bayar pun.. Bila da puas hati memilih, klik pada View HTML Tag




Langkah 3:
Bila keluar benda alah ni, klik je pada Accept








Langkah 4:
Pilih la warna, saiz yg sesuai dengan blog anda. Untuk seting waktu, anda kena pilih
GMT + 08:00 untuk waktu Malaysia.
Penting: Jangan lupa copy KOD HTML yang ada dalam kotak tu.





Langkah 5:
Login blog anda, dan klik pada tab REKA LETAK (layout)
Kemudian Klik pada Tambah Alat






Langkah 6:
Klik pulak pada HTML / Javascript



Langkah 7:

Tulislah tajuk, macam Demi Masa ke, Masa itu Emas ke.

Kemudian, paste kan kod HTML yang ada copy dari clocklink tadi dalam kotak kosong

Akhir sekali jangan lupa Simpan / Save

Sekarang, blog anda sudah bertambah cantik dengan jam free hee!! he!!

Ahad, 11 Oktober 2009

Promosikan Blog di Enjin Pencari Google

Kadang-kadang kita ingin mencari maklumat di internet, tapi kita tak tau di mana. Apakah yang akan kita lakukan? Macam biasa, kita akan menaip perkataan2 yg tertentu di kotak SEARCH di google. Maka akan keluarlah berlambak2 web yg menawarkan maklumat yg kita perlukan. Macam mana tuan punya blog & web buat sampai web diorang leh tersenarai dalam enjin pencari pakcik google ni.

Hari ni saya bermurah hati untuk berkongsi caranya.

Langkah 1:

Masuk ke url ini http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl

Langkah 2:

Ikut langkah seterusnya seperti gambar di bawah.


Langkah 3:

Dalam masa 3-4 hari blog anda sudah boleh dikenali oleh seluruh dunia kerana sudah tersenarai dalam enjin pencari google.

Untuk mempromasikan blog anda di PAKCIK YAHOO pulak, sila klik http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
Caranya lebih kurang macam kita buat di PAKCIK GOOGLE tadi.

SELAMAT MENCUBA