Jumaat, 30 Oktober 2009

Buat Link (Pautan) Blog&Web Rakan Di BLog Kita

Kan dapat pahala kalau kita bagitau orang lain mengenai perkara kebaikan. Jadi kalau kita ada blog, cari lah pahala dengan sebar-sebarkan blog-blog atau web-web yang bermanfaat dengan buat pautan atau link di blog kita. Tapi jangan buat dosa dengan menyebarkan link-link maksiat di blog anda. Tanamlah saham kebaikan, jangan tanam saham kejahatan.

Mari kita belajar buat link, senang je. Ikutlah langkah-langkah di bawah ni.


Langkah pertama:

Login blog anda, dan bila keluar paparan seperti gambar dibawah, klik pada REKA LETAK






Langkah 2:

Bila dah keluar paparan seperti di bawah ni, anda klik pada TAMBAH ALAT.



Langkah 3:

Klik pulak pada gambar SENARAI BLOG macam gambar kat bawah ni.




Langkah 4:
Tajuk: Tulislah apa-apa tajuk yg sesuai CONTOH: Link Blog Kawan-Kawan Saya
URL Tapak Baru : Kat ruangan ini mesti tulis alamat penuh blog rakan anda. Contoh : www.skpengkalanraja.com
Nama Tapak Baru:Tulislah apa-apa tajuk yg sesuai dengan blog @ web kawan anda tu.
Ruangan yg lain tak isi pun tak apa..
Kalau dah siap Klik SIMPAN. Kemudian kalau nak tambah lagi blog-blog rakan anda, klik pada TAMBAH PAUTAN

Langkah 5:
Kalau menjadi, lepas kita klik simpan tadi kita akan dapat tengok tajuk yg kita tulis dah pun terpapar seperti paparan di bawah



Langkah 6:
Sekarang kita boleh hasil apa yang telah kita buat tadi, Dah pun berjaya.
Selamat Mencuba!!!

Khamis, 15 Oktober 2009

Letak Jam Di Blog

Meletak jam di blog adalah salah satu faktor yang akan menjadikan blog anda kelihatan lebih menawan dan cun. Tak nak letak pun tak pe.. Cuma kalau-kalau ada orang tanya nanti, adalah juga bahan yang nak disembangkan.

Senang je, ikut langkah-langkah mudah dibawah.


Langkah 1 :

Buka laman web http://www.clocklink.com/
Kemudian klik pada Want a clock on your website?.




Langkah 2:
Banyak pilihan bentuk jam, ada digital, animal, analog dan macam-macam lagi. Pilih je, bukan kena bayar pun.. Bila da puas hati memilih, klik pada View HTML Tag




Langkah 3:
Bila keluar benda alah ni, klik je pada Accept








Langkah 4:
Pilih la warna, saiz yg sesuai dengan blog anda. Untuk seting waktu, anda kena pilih
GMT + 08:00 untuk waktu Malaysia.
Penting: Jangan lupa copy KOD HTML yang ada dalam kotak tu.





Langkah 5:
Login blog anda, dan klik pada tab REKA LETAK (layout)
Kemudian Klik pada Tambah Alat






Langkah 6:
Klik pulak pada HTML / Javascript



Langkah 7:

Tulislah tajuk, macam Demi Masa ke, Masa itu Emas ke.

Kemudian, paste kan kod HTML yang ada copy dari clocklink tadi dalam kotak kosong

Akhir sekali jangan lupa Simpan / Save

Sekarang, blog anda sudah bertambah cantik dengan jam free hee!! he!!

Ahad, 11 Oktober 2009

Promosikan Blog di Enjin Pencari Google

Kadang-kadang kita ingin mencari maklumat di internet, tapi kita tak tau di mana. Apakah yang akan kita lakukan? Macam biasa, kita akan menaip perkataan2 yg tertentu di kotak SEARCH di google. Maka akan keluarlah berlambak2 web yg menawarkan maklumat yg kita perlukan. Macam mana tuan punya blog & web buat sampai web diorang leh tersenarai dalam enjin pencari pakcik google ni.

Hari ni saya bermurah hati untuk berkongsi caranya.

Langkah 1:

Masuk ke url ini http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl

Langkah 2:

Ikut langkah seterusnya seperti gambar di bawah.


Langkah 3:

Dalam masa 3-4 hari blog anda sudah boleh dikenali oleh seluruh dunia kerana sudah tersenarai dalam enjin pencari google.

Untuk mempromasikan blog anda di PAKCIK YAHOO pulak, sila klik http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
Caranya lebih kurang macam kita buat di PAKCIK GOOGLE tadi.

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 8 Oktober 2009

Buat header ikut selera kita..

Tau tak header tu apa? Kat bawah ni adalah header






Biasanya header blog yang sedia ada tidak menepati citarasa kita. Jadi tutorial kali ni membolehkan kita buat blog kita lebih best di mata kita. Mata orang lain, lantak dia orang la ye.




1- Perkara paling penting anda kena pandai sikit-sikit nak edit gambar. Tak kirala guna fotoshop ke, photofiltre ke dan apa-apa lagi. Kalau tak boleh, pegi tanya ust he! he!

2- Saiz pun penting. Biar header sedang-sedang elok dengan tubuh badan blog kita. Biasa saya guna WIDTH - 700 HEIGHT - 233. Atau pun ikut kesesuaian.

3- Seterusnya ikut langkah-langkah di bawah.


Langkah 1:

Masuk ke blog anda dan klik pada sign in / log masuk.


Langkah 2:



Langkah 3:

Langkah 4:

Langkah 5:

Pada langkah ini anda kena cari dan pilih gambar yang anda telah buat dan save

Langkah 6:





Dah pun siap... kalau ada apa-apa masaalah sila tanya di ruangan komen

Selamat mencuba.

Selasa, 6 Oktober 2009

Mari Jadi Blogger

Senangnya menjadi blogger. Macam makan kacang cap pagoda. Khas untuk guru-guru SKPR yang teringin untuk ada blog sendiri. Boleh simpan gambar peribadi dan kenangan, diari harian, catatan dan sebagainya.

Kat bawah ni ada cara buat blog secara langkah demi langkah. Selamat mencuba!

Peringatan!!
Oleh kerana tutorial kita menggunakan blogspot maka tidak dapat tidak anda mesti mendaftar e-mail di gmail terlebih dahulu.

Peringatan 2 !!
Ikut je segala arahan kat bawah, jgn nak pandai2. Nanti kalau tak jadi, padan muka korang. he he


1- Setelah mendaftar e-mail di gmail. Pergi ke web blogger (klik pada tulisan bergaris kat sebelah ini www.blogger.com macam kat bawah.


2- Ikut je arahan..




3- Ikut je arahan

4- Pada alamat blog anda, kena pastikan belum ada lagi milik orang lain. Kalau dah jadi milik orang, pihak blogger akan suruh ada cari alamat lain atau dia orang akan bagi pilihan.

5- Pilihlah templat yg korang suka. Belasah je, sok2 kalau tak suka boleh ubah.

6- Ikut je arahan, penat aku buat!




7- Baca dan buat je


8- Dah nak siap





8- Dah siap pun. Macam susah.. Rupanya sonang jo


SELAMAT MENJADI BLOGGER. UNTUK ACCESSORIES (OMPUTIH TU..) DALAMAN BLOG ANDA, SAYA AKAN CUBA BUAT PADA MASA AKAN DATANG.

Isnin, 5 Oktober 2009

Sekolahku yang tercinta


Ini adalah lencana sekolah saya yang amat dicintai.